Join us on a literary world trip!
Add this book to bookshelf
Grey
Write a new comment Default profile 50px
Grey
Subscribe to read the full book or read the first pages for free!
All characters reduced
Ibu Saya Seorang Yang Hebat - cover

Ibu Saya Seorang Yang Hebat

Shelley Admont, Books KidKiddos

Publisher: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Summary

Di dalam cerita waktu tidur yang menyentuh hati ini, seorang kanak-kanak perempuan menggambarkan betapa hebatnya ibunya. Kita lihat dia melalui harinya, dengan perasaan yang penuh kasih sayang mengenai ibunya.Ibu selalunya memahami perasaannya dan dapat membantu dalam apa jua masalah. Ibu boleh membuat ikatan tocang yang paling rumit dan menjelaskan pecahan; Ibu dapat membantunya bangun pada waktu pagi dan memeluknya dengan erat apabila dia sedih.Dengan ilustrasi yang menarik dan mesej yang boleh dihubungkan oleh semua orang, ini adalah buku yang sempurna untuk anak-anak dan ibu mereka.
Available since: 01/21/2023.
Print length: 34 pages.

Other books that might interest you

  • Kisah Kehidupan Uwais Al-Qarni Sang Penghuni Langit Kekasih Tuhan Semesta Alam - cover

    Kisah Kehidupan Uwais Al-Qarni...

    Muhammad Vandestra

    • 0
    • 0
    • 0
     Pada zaman Baginda Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, bidang dadanya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, wajahnya selalu melihat pada tempat sujudnya dan tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. 
    Pemuda ini tidak pernah lalai dari membaca al-Quran dan senantiasa menangis. Pakaiannya hanya dua helai saja, sudah terlalu lusuh untuk dipakai sehingga tidak akan ada orang yang menghiraukannya. 
    Beliau tidak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Pemuda ini, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. 
    Dia adalah Uwais al-Qarni. Beliau tidak dikenali dan miskin malah banyak orang yang suka mentertawakannya, mengejek-ejeknya, dan menuduhnya sebagai pencuri serta bermacam lagi penghinaan dilemparkan kepadanya. 
    Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai saudara mara kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Untuk menyara kehidupan sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. 
    Upah yang diterimanya hanya cukup untuk kehidupan harian bersama ibunya.Jika ada uang lebihan, beliau akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Walaupun dalam keadaan serba payah, beliau tidak pernah lalai dalam mengerjakan ibadahnya, sedikit pun tidak berkurang. 
    Sepanjang hidupnya, beliau melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad saw yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Alla 
    Show book
  • Saya Sayang Ayah Saya - cover

    Saya Sayang Ayah Saya

    Shelley Admont, Books KidKiddos

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab kecil pada mulanya tidak tahu cara menunggang basikal beroda dua seperti abang-abangnya. Malah, kadang-kala dia diusik disebabkan hal ini. Apabila Ayah menunjukkan Jimmy cara untuk tidak berasa takut mencuba sesuatu yang baharu, itulah saatnya keseronokan bermula.Buku kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada koleksi kisah-kisah pendek semasa waktu masuk tidur.Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!
    Show book
  • Saya Suka Bercakap Benar - cover

    Saya Suka Bercakap Benar

    Shelley Admont, Books KidKiddos

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab kecil ditimpa masalah. Secara tidak sengaja, dia merosakkan bunga kegemaran ibunya. Adakah berbohong akan membantunya? Atau adakah lebih baik bercakap benar dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza.Bantulah anak anda untuk belajar menjadi lebih jujur dengan buku kanak-kanak yang menyeronokkan ini.
    Show book
  • Saya Suka Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran - cover

    Saya Suka Makan Buah-Buahan Dan...

    Shelley Admont, Books KidKiddos

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, si arnab kecil, yang suka makan gula-gula. Dia menyelinap ke dapur untuk mencari beg berisi gula-gula yang tersembunyi di dalam almari. Apa yang berlaku selepas Jimmy memanjat untuk sampai ke beg gula-gula itu? Anda akan mengetahui apabila anda membaca buku kanak-kanak yang bergambar ini. Sejak hari itu, dia pun mula mengamalkan amalan makanan yang sihat dan juga suka memakan buah-buahan dan sayurannya.
    Show book
  • Saya Suka Pergi ke Tadika - cover

    Saya Suka Pergi ke Tadika

    Shelley Admont, Books KidKiddos

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja.Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu.Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika!Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!
    Show book
  • Roda-roda Perlumbaan Persahabatan - cover

    Roda-roda Perlumbaan Persahabatan

    Inna Nusinsky, Books KidKiddos

    • 0
    • 0
    • 0
    Apakah itu persahabatan? Sertai tiga orang sahabat baik ketika mereka menyedari makna persahabatan yang sebenar. Mereka memulakan perlumbaan, tetapi memutuskan untuk menghabiskannya bersama-sama, menolong sahabat yang berada dalam kesusahan. Buku ini akan mengajar kanak-kanak kemahiran persahabatan yang positif seperti berkongsi, menyokong dan membantu antara satu sama lain.
    Show book